January 25, 2009
· Filed under Uncategorized
Maaf kerana lama tidak menulis sebarang perkara di dalam blog ini kerana sekarang saya terpaksa menumpukan untuk menyelia blog program sehari bersama PPM L.Pantai WPKL di alamat : http://psblp.blogspot.com/
Insyaallah jika program itu telah selamat berjalan,saya akan kembali mengisi blog ini dan cuba aktif pada blog yang lain. Memang sya rindu untuk menulis perkara mengenai peribadi dan kehidupan ini namun biarlah saya mengalah dulu.
October 8, 2008
· Filed under Rutin

Mungkin kisah yang hendak saya bicarakan ini, sudah agak terlewat namun ianya boleh kita jadikan satu tauladan atau pengajaran buat diri kita bersama.
Pada 3hb syawal yang lalu,selepas selesai beraya di rumah sahabat isteri saya(kawan-kawan saya semua dah hilang balik kampung agaknya) lantas bonda mengajak saya balik ke Gambang Kuantan untuk menziarahi abangnya yang berada Felda Lepar.
Saya memandu Wira putih manakala bonda pula memandu Savynya yang berwarna Merah saga, di mana dalam perjalanan menghampiri Maran,pada masa itu matahari betul-betul berada tegak dikepala. Dari cermin pandang belakang, saya perhatikan kereta bonda saya mula tidak tentu arah; kejap ke kiri serta kejap ke kanan dan di dalam hati saya mula berdetik mengatakan bahawa bonda sudah mula dihimpit perasaan mengantuk yang amat sangat.
Lantas saya mula mencari tempat untuk berehat namun secara kebetulan hanya tinggal 1km di hadapan menghampiri perhentian rehat Maran, hampir 1/2 jam saya menunggu kelibat bonda namun bayangannya pun tidak kelihatan. Tiba-tiba telefon bimbit saya berbunyi,allah….ternyata apa yang saya cuba elakkan tetap terjadi biarpun sudah puas kita cuba jauhinya.
Kereta bonda telah terbabas dan merempuh pengadang jalan yang jaraknya hanya tinggal 800meter dari tempat saya menunggu….
September 27, 2008
· Filed under Rutin
27.09.2008
Ermm…apa yang paling besh,apa lagi bila dah dapat cuti setelah sekian lama dok busy bagai nak giler serta dapat cuti pula dalam seminggu..besh giler dan kena pula time dah dapat gaji..hahaha…naik sawan beshnya.
Lepas subuh tadi,ako sambung tidur…hihihi..sampailah pukul 11.30pagi, baru ako terbangun dari lena(apa nak jadi dengan posa ako cam posa 1/2hari lak) dan lepas tue kemas lebih kurang serta sambung projek bersihkan laman umah.
4.00ptg – Hujan lebat pulak,grrrrr…geram ako dibuatnya,rasa nak sambung lak aktiviti buat taik mata tapi ako dah janji dengan orang umah untuk beli barang umah hari ini,jadi dalam hujan… Ako bawa semua anak ako naik kereta menuju Giant Subang Jaya untuk berbelanja.
6.30ptg – Habis siap beli barangan keperluan rumah dan terus ako masukan barang tersebut kedalam bonet kereta ako dan terus membawa keluarga ke Summit untuk mencari tempat berbuka posa. Sampai kat depan Summit,ada promosi jual handphone pulak…Maka secara tak sengaja terambil ako satu set handphone LG yang berharga RM170.00 untuk dibuat hadiah raya pada bonda ako.
7.00ptg - Kita dah duduk kat restoran MC Donald dan apa lagi order set burger dan minuman serta tenguk jam..tenguk orang…tenguk phone..tenguk awek kat sebelah..opps posa tak leh pandang lama-lama. Last-last ako call adik ako pesan dia buat buat miss call kalau dah masuk waktu sebab radio tak dapat siaran kat tempat tue. Tiba-tiba adik ako buat miss call dan ako cuba tenguk sekeliling namun dorang cam tak yakin dah masuk waktu, apalagi ako dah cukup yakin dan pasti yakin melalui miss call dan jam kat phone, lantas ako suruh anak ako yang sulong baca doa berbuka dan makan and kita pun start buka posa dan di ikuti meja-meja jiran yang lain.
9.00mlm – Sampai umah, ako ajak anak-anak layan cd dragonball GT..Besh gak layan citer kartun…hihihihi….
Apa-apa pun, hari ini…ako raser besh giler tapi tak sampai sewel la..hahahaha.
September 25, 2008
· Filed under Rutin

25.09.2008
Dalam diam-diam,rupanya kita dah menghampiri akhir bulan ramadhan dan bermakna akan menjelang syawal… Fuh cepatnya nak raya, rasernya ako belum membuat sebarang persiapan nak menyambut dan hanya ako telah beli baju melayu yang baru pada keluarga ako.
Tahun ini,ako nak cat umah balik tapi orang umah kata tak yah…jawapnya memang tak catlah tahun..Kuih raya pun kita orang kantoi kerana orang umah ako sibuk terima tempahan membuat kuih siput…tak habih sibuk orang umah ako dan jawabnya kuih sendiri pun tak buat…hahahaha,,
Ako klau nak buat kuih raya memang tak gheti tapi kalau setakat dodol,lemang atau ketupat…reti gak…tapi tahun ini cam tak meriah jer bagi diri ako,entahlah tak tahu mengapa.
Akhir kata kali ini, ako nak memohon maaf kepada sesiapa yang pernah ako terkasar bahasa dan tersalah bicara….maaf yer kerana kita ini hanya manusia biasa yang tak pernah membuat kesilapan.
September 24, 2008
· Filed under Rutin


Dalam pukul 11.00pagi tadi(24.09.08), sepatutnya ako kena pergi ke eon bank shah alam untuk mengeluarkan jumlah RM50,000 untuk advance hari raya buat pekerja di tempat kerja ako.
Namun disebabkan pada sebelah pagi, ako sibuk dan kena pergi ke Imigresen Putrajaya. Maka kawan ako terpaksa mengganti tempat ako bersama seorang rakan yang lain untuk pergi ke bank tersebut.
Dalam perjalanan pulang,kereta beliau telah dipintas oleh sebuah kereta waja yang berwarna keemasan(golden) dan lalu 3 orang keluar dari kereta itu. Lantas menghayun 1 kapak dihadapan sebelah kiri cermin depan,manakala 2 lagi mengunakan parang memecah cermin sisi kiri dan kanan.
Mereka terus merampas duit syarikat dan beberapa dokumen syarikat.
Dalam hal ini siapa yang hendak disalahkan,saya rasa ini semua berpunca dari syarikat ako sendiri. Jika semua duit dimasukkan melalui akaun pekerja,saya rasa perkara ini tidak akan berlaku tetapi biasalah syarikat ako nak buat kerja mudah dan tak tahu menilai nyawa manusia.
September 23, 2008
· Filed under Rutin · Tagged Add new tag
Semalam ako tak leh tidur… macam2 ganggu dan selepas sahur,alamak ako terlelap dan jawabnya hari ini lambat ako masuk kerja. Dalam perjalanan ke tempat kerja, ako dok sibuk pikir,apa alasan ako nak berikan pada boss ako kerana lewat.
Ako bukannya jenis suka lewat masuk kerja tapi boss ako nie daring sikit dan ’straight’ gila,maunya dia nanti maki ako… Apa-apa pun ako istigfar banyak2 dan bila sampai jer kat tempat keja ako,alhamdulillah…boss ako senyap jer biarpun ako lewat 30minit.
Hari ini, mak oii…banyak kerja. habis satu..datang satu lagi tak habih sampai mati pun… Tension tenguk boss ako dah pencen tapi kerja lagi namun sebab rakan ako adalah seorang ‘amoi’ yang cun dan seksi,membuat ako masih semangat nak kerja lagi..hihihihi..
Plan ako dengan budak akaun nak buat majlis buka puasa jumaat ini terpaksa ako batalkan kerana dorang semua dah pokai.. Nak tunggu gaji takut lambat dan last2 ako batalkan jer. Lagi pun yang nak joint amoi cina ada dalam 10 orang tapi melayu kita hanya ada 4 orang jer,cam tak kena jer…
Datang lambat tapi balik ako tetap on time…hihihi…boss ako tak marah pun biarpun muka dia garang cam tiger kat zoo melaka..
September 23, 2008
· Filed under Rutin
Hari ini, ako kena pergi imigresen Putrajaya… Pagi2 ako dah bangun namun sampai kat sana dalam pukul 8.10pagi dan ini dah dikira awal kerana ako dah dapat nombor giliran yang baik.
Kat imigresen nie klau dah pukul 8.30pagi,nak ambil nombor giliran(bukan nombor ekor tau), dia punya line punyalah panjang giler. Lepas amik nombor,ako pi naik lif naik tingkat 4 bahagian Kementerian dalam negeri untuk melanjutkan kelulusan bersyarat pekerja asing. Alhamdulillah,semua nampak mudah dan selesai.
Siap jer kat tingkat 4, ako turun balik kat Tingkat 2 untuk submit surat itu dan betul2 dah nak panggil nombor giliran ako. Fuh lega hati ako semuanya mengikut perancangan.
Siap semua,ako tunggu ejen untuk dapatkan orig. ‘calling visa’ sebab ako nak kena pergi KLIA pulak sebab nak buat pembatalan pekerja yang tak tiba hari itu. Namun kali ini nasib tak menyebelahi ako. Macam2 dorang minta kat sana,borang itu dan borang inilah tapi ejen dan boss ako tak kata kena bawa semua… Geram tul ako kena balik dengan tangan kosong..
Tapi tak per ini adalah pengalaman pertama ako menjejak KLIA dengan menaiki kereta ako sendiri,dulu ako datang naik keretapi kerana ako tak pernah tiba kat situ.
September 22, 2008
· Filed under Pengakap · Tagged Add new tag
21.09.08 -
Seramai 13 warga Lembah Pantai, bersama untuk berbuka puasa di Hartz Chicken Buffet dekat Times Square. Kita orang berkumpul dari pukul 6.00ptg tetapi hanya boleh masuk kedalam hanya dalam pukul 7.00ptg. Ramai gak yang beratur.
Makanan kat situ ok jer, hanya tak banyak pilihan dan menu.