22 September 2008

Hari ini, ako kena pergi imigresen Putrajaya… Pagi2 ako dah bangun namun sampai kat sana dalam pukul 8.10pagi dan ini dah dikira awal kerana ako dah dapat nombor giliran yang baik.

Kat imigresen nie klau dah pukul 8.30pagi,nak ambil nombor giliran(bukan nombor ekor tau), dia punya line punyalah panjang giler. Lepas amik nombor,ako pi naik lif naik tingkat 4 bahagian Kementerian dalam negeri untuk melanjutkan kelulusan bersyarat pekerja asing. Alhamdulillah,semua nampak mudah dan selesai.

Siap jer kat tingkat 4, ako turun balik kat Tingkat 2 untuk submit surat itu dan betul2 dah nak panggil nombor giliran ako. Fuh lega hati ako semuanya mengikut perancangan.

Siap semua,ako tunggu ejen untuk dapatkan orig. ‘calling visa’ sebab ako nak kena pergi KLIA pulak sebab nak buat pembatalan pekerja yang tak tiba hari itu. Namun kali ini nasib tak menyebelahi ako. Macam2 dorang minta kat sana,borang itu dan borang inilah tapi ejen dan boss ako tak kata kena bawa semua… Geram tul ako kena balik dengan tangan kosong..

Tapi tak per ini adalah pengalaman pertama ako menjejak KLIA dengan menaiki kereta ako sendiri,dulu ako datang naik keretapi kerana ako tak pernah tiba kat situ.

2 Responses so far »

  1. 1

    Famie Shafie said,

    September 24, 2008 @ 10:03 am

    Nombor giliran tu pun sebenarnya boleh buat beli nombor ekor gak. Mana tau memang tempat pertama.

  2. 2

    Mohd Norhisham said,

    September 24, 2008 @ 11:12 am

    banyak la…nak beli nombor ekor lam bulan posa nie…kang tumbuh ekor betul2…sapa nak jawab

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words