Berhati bila bawa duit - Syarikat ako hilang RM50,000
Dalam pukul 11.00pagi tadi(24.09.08), sepatutnya ako kena pergi ke eon bank shah alam untuk mengeluarkan jumlah RM50,000 untuk advance hari raya buat pekerja di tempat kerja ako.
Namun disebabkan pada sebelah pagi, ako sibuk dan kena pergi ke Imigresen Putrajaya. Maka kawan ako terpaksa mengganti tempat ako bersama seorang rakan yang lain untuk pergi ke bank tersebut.
Dalam perjalanan pulang,kereta beliau telah dipintas oleh sebuah kereta waja yang berwarna keemasan(golden) dan lalu 3 orang keluar dari kereta itu. Lantas menghayun 1 kapak dihadapan sebelah kiri cermin depan,manakala 2 lagi mengunakan parang memecah cermin sisi kiri dan kanan.
Mereka terus merampas duit syarikat dan beberapa dokumen syarikat.
Dalam hal ini siapa yang hendak disalahkan,saya rasa ini semua berpunca dari syarikat ako sendiri. Jika semua duit dimasukkan melalui akaun pekerja,saya rasa perkara ini tidak akan berlaku tetapi biasalah syarikat ako nak buat kerja mudah dan tak tahu menilai nyawa manusia.


Famie Shafie said,
September 24, 2008 @ 9:59 am
Yang Mulia,
Nasib baik bukan awak yang pergi. setiap kesibukan tu pasti ada hikmahnya.
Mohd Norhisham said,
September 24, 2008 @ 11:06 am
Memang betul ada hikmahnya tetapi kesian saya dengan dorang, terpaksa saya luangkan separuh hari untuk hantar dorang buat report polis,klinik dan hantar ke rumah kawan saya untuk ambil kunci spare sebab kunci kereta dia pun kena rampas masa kejadian…
Last-last,saya sampai ke rumah dalam pukul 7.00 nak hampir buka puasa yang paling2 saya hairan orang rumah saya cam tau-tau jer..Dia tak pula bertanya asal saya lambat klau biasanya lambat sikit…sms amaran akan berbunyi…hihihi..
Apa-apa syukur..semuanya selamat,duit yang hilang boleh claim kat insuran syarikat dan cermin kereta yang pecah…boss saya akan bayar…lega sikit hati dorang