Selamat Menyambut Hari Raya Idilfitri
25.09.2008
Dalam diam-diam,rupanya kita dah menghampiri akhir bulan ramadhan dan bermakna akan menjelang syawal… Fuh cepatnya nak raya, rasernya ako belum membuat sebarang persiapan nak menyambut dan hanya ako telah beli baju melayu yang baru pada keluarga ako.
Tahun ini,ako nak cat umah balik tapi orang umah kata tak yah…jawapnya memang tak catlah tahun..Kuih raya pun kita orang kantoi kerana orang umah ako sibuk terima tempahan membuat kuih siput…tak habih sibuk orang umah ako dan jawabnya kuih sendiri pun tak buat…hahahaha,,
Ako klau nak buat kuih raya memang tak gheti tapi kalau setakat dodol,lemang atau ketupat…reti gak…tapi tahun ini cam tak meriah jer bagi diri ako,entahlah tak tahu mengapa.
Akhir kata kali ini, ako nak memohon maaf kepada sesiapa yang pernah ako terkasar bahasa dan tersalah bicara….maaf yer kerana kita ini hanya manusia biasa yang tak pernah membuat kesilapan.

Famie Shafie said,
September 25, 2008 @ 6:43 pm
Aku maafkan kau je…
mahani said,
September 25, 2008 @ 9:45 pm
huhuhu…..
selamat hari raya dan maaf zahir batin…
peace…(^_^)”