Jangan Terlelap biarpun sesaat….

Mungkin kisah yang hendak saya bicarakan ini, sudah agak terlewat namun ianya boleh kita jadikan satu tauladan atau pengajaran buat diri kita bersama.

Pada 3hb syawal yang lalu,selepas selesai beraya di rumah sahabat isteri saya(kawan-kawan saya semua dah hilang balik kampung agaknya) lantas bonda mengajak saya balik ke Gambang Kuantan untuk menziarahi abangnya yang berada Felda Lepar.  

Saya memandu Wira putih manakala bonda pula memandu Savynya yang berwarna Merah saga, di mana dalam perjalanan menghampiri Maran,pada masa itu matahari betul-betul berada tegak dikepala. Dari cermin pandang belakang, saya perhatikan kereta bonda saya mula tidak tentu arah; kejap ke kiri serta kejap ke kanan dan di dalam hati saya mula berdetik mengatakan bahawa bonda sudah mula dihimpit perasaan mengantuk yang amat sangat. 

Lantas saya mula mencari tempat untuk berehat namun secara kebetulan hanya tinggal 1km di hadapan menghampiri perhentian rehat Maran, hampir 1/2 jam saya menunggu kelibat bonda namun bayangannya pun tidak kelihatan. Tiba-tiba telefon bimbit saya berbunyi,allah….ternyata apa yang saya cuba elakkan tetap terjadi biarpun sudah puas kita cuba jauhinya.

Kereta bonda telah terbabas dan merempuh pengadang jalan yang jaraknya hanya tinggal 800meter dari tempat saya menunggu….

1 Response so far »

  1. 1

    Famie Shafie said,

    December 16, 2008 @ 2:37 am

    Wow… memang saya ambil perhatian apabila tuan mengatakan kereta tersebut mengalami kemalangan…

    Tidak sangka keadaannya amat teruk. Saya akan banyak berpesan kepada rakan dan keluarga saya agar lebih berhati-hati.

    Syukur alhamdulillah semua selamat.

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words