23 September 2008
Semalam ako tak leh tidur… macam2 ganggu dan selepas sahur,alamak ako terlelap dan jawabnya hari ini lambat ako masuk kerja. Dalam perjalanan ke tempat kerja, ako dok sibuk pikir,apa alasan ako nak berikan pada boss ako kerana lewat.
Ako bukannya jenis suka lewat masuk kerja tapi boss ako nie daring sikit dan ’straight’ gila,maunya dia nanti maki ako… Apa-apa pun ako istigfar banyak2 dan bila sampai jer kat tempat keja ako,alhamdulillah…boss ako senyap jer biarpun ako lewat 30minit.
Hari ini, mak oii…banyak kerja. habis satu..datang satu lagi tak habih sampai mati pun… Tension tenguk boss ako dah pencen tapi kerja lagi namun sebab rakan ako adalah seorang ‘amoi’ yang cun dan seksi,membuat ako masih semangat nak kerja lagi..hihihihi..
Plan ako dengan budak akaun nak buat majlis buka puasa jumaat ini terpaksa ako batalkan kerana dorang semua dah pokai.. Nak tunggu gaji takut lambat dan last2 ako batalkan jer. Lagi pun yang nak joint amoi cina ada dalam 10 orang tapi melayu kita hanya ada 4 orang jer,cam tak kena jer…
Datang lambat tapi balik ako tetap on time…hihihi…boss ako tak marah pun biarpun muka dia garang cam tiger kat zoo melaka..
